Ini kisah tentang suara hati seorang ayah, seorang suami yang punyai isteri yang buta matanya.
"Pondok ni menjadi saksi, hebat kasih ibumu dodoikan kamu, permata hatiku." "Tak pernah kami seresah ini, wahai anakku. Besarkanmu mula dari dua jari telapak kaki." "Aku tahu hatimu pilu, langkahmu malu, ibumu, isteriku tidak sempurna, buta matanya." "Di jalanan kau dihina, miliki ibu yang buta. Resah dan marah, hingga kau lupa takdir Allah."
Nama anak ni Faris. Faris dilahirkan sebagai seorang anak yang miliki ibu yang buta. Miskin pula kehidupannya. Tapi kawan-kawan Faris semuanya anak orang kaya. Faris tak suka kawan dengan orang miskin. Faris tak suka kawan dengan orang cacat. Kisah ni, masa ni Faris dah besar. Umur dia dah 23. Dia pun dah habis belajar. Ijazah kedoktoran dekat Ireland. Ayah dia flashback semula kisah macam mana susah nak besarkan si anak tadi, di jaga dengan penuh kasih sayang.
Sampai akhirnya Faris berjaya"Faris sayang, ingat tak masa Faris darjah tiga? Ibu datang hantar makanan dekat sekolah, waktu rehat, sebab Faris lupa bawa makanan?" "Faris terus keluar dari kelas tarik tangan ibu jauh dari tempat awam, sampai belakang bangunan sekolah, Faris ingat tak Faris kata apa?" "Pergilah! Jangan malukan aku dekat sini. Apa aku nak jawab kalau orang nampak aku dengan orang tua buta yang miskin macam kau ni?" "Itu yang Faris kata." Senyum Pak Taha, ayah Faris sambil pandang anaknya yang dah dewasa di depannya. Faris tunduk. Tahan air mata.
"Faris tolak ibu, terjatuh nasi lemak yang ibu Faris buatkan. Ibu bangun awal, nak masakkan untuk Faris. Faris tahu ibu buat apa lepas tu?" "Lepas Faris pergi, ibu kutip butir-butir nasi lemak yang dah jatuh di tanah. Ibu Faris senyum. Ibu Faris kata sesuatu... Faris nak tahu?" "Katanya, Faris, anak kecilnya tak cukup dewasa lagi. Jauh dihatinya, ibumu berdoa, semoga Faris berubah, agar Faris disentuh hidayah."
"Faris, bila Faris dapat sambung ambil bidang medic dekat Ireland, ibulah orang yang paling gembira. Ibu menangis masa dapat tahu." "Abang, anak kita dah besar. Dia dah berjaya masuk universiti yang dia nak. Ambil jurusan yang dia minat sangat." Kata ibu pada ayah. "Lima tahun Faris pergi belajar luar negara, tak pernah sekali pun Faris telefon ibu ayah. Setiap hari ibu tunggu Faris telefon." "Faris tahu, setiap hari ibu duduk sebelah telefon rumah yang kami dapat, ada jiran hadiahkan. Surat-surat yang ayah hantar tak berbalas."
"Sampai satu hari, ayah rasa penat nak hubungi Faris lagi. Tapi ibu? Ibu tak. Ibu kata pada ayah," "Mungkin Faris sibuk belajar. Faris kan nak jadi doktor. Mesti kena rajin belajar. Nanti ada masa, Faris telefon lah tu." "Setiap hari ibu tunggu Faris. Sampai ibu dah sakit sangat. Ibu dah tua, Faris. Ibu Faris dah tua." "Bila Faris telefon kawan Faris kata nak balik, kawan Faris datang beritahu kami. Ibu Faris seronok sangat." "Macam orang yang sihat, ibu Faris bangun pergi pasar, beli barang nak masak. Dia masakkan nasi lemak untuk Faris." Ayah tanya ibu. "Kenapa awak rajin sangat?" Ibu jawab. "Masa Faris tadika, Faris suka sangat makan nasi lemak yang saya buat." "Faris dah lama tak makan nasi lemak yang ibu buat. Mesti Faris rindu." Ibu Faris kata macam tu pada ayah"
Ibu dah siap masak. Ibu dah siap hidang. Ibu tunggu Faris depan pintu rumah. Lama. Lama Faris, lama. Lama ibu tunggu anak tunggal ibu ni." "Kawan Faris, Adam datang. Katanya, kapal terbang yang Faris naik lambat sikit. Mungkin sampai pagi lusa." "Ibu Faris senyum. Dia pergi dapur, kemas semula makanan yang dah siap hidang. Ayah nampak, ibu cuba tahan air mata." "Malam tu, ibu terlalu sakit semula. Katanya, dia masih nak tunggu anaknya balik."
"Ibumu, isteriku kini dah tiada. Di hujung hayatnya dia berkata.." "Susu yang engkau minum ibu halalkan, dosamu ibu ampunkan" "Maafkan ibu tidak sempurna di matamu. Biar di hina, ibu galas semuanya Asalkan kau tak merasa" Itu yang ibu kata, Faris. "Dan, hari ni, kau balik. Di pondok buruk ni, kau jejak. Faris, anak yang kami sayang, dah sampai masa ayah cerita satu perkara." "Perkara yang ayah rahsiakan dari pengetahuanmu, atas permintaan ibumu."
"Sempurnamu anakku, atas anugerah ibu. Engkau lahir ke dunia buta matamu. Ibu hadiahkan matanya, supaya kamu jadi orang yang berjaya." "Nasi lemak yang ibu buat, masih ada bawah tudung saji. Ayah tak pernah kemas. Sebab ayah nak kamu tahu, ibu tunggu kamu." "Ibu nak makan sama-sama dengan kamu. Tapi Allah lebih sayangkan dia." Faris menangis. Sujud di pondok buruk tu. Menangis sepuas-puasnya. "Wahai sayangku, belum ku jumpa hikmah zuriat itu dari rahim muliamu.. belum aku nampak kebaikannya yang kau rindu." Kata si ayah tadi.
No comments:
Post a Comment