Sunday, 26 May 2013

30 ORANG PERTAMA DALAM ISLAM...

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Saturday, 25 May 2013

apa nak jadi zaman lani??

apa la nak jadi dengan zaman sekarang.. anak buat liputan media dan sokong "kawan" buat saman kat mak?

adoi la,, memang xnafi mak dan ayah kita kadang2 ada buat salah, depa manusia biasa sama cam hang gak la.. hang xpenah buat salah ke? hang ingat depa malaikat yang xdak dosa ka?

zaman kita ni zaman porak poranda.. fitnah berleluasa, zina macam perkara biasa, buang anak da terbiasa, anak derhaka lagi la banyak dari biasa.

kita ni bukan tuhan. xperlu nak hukum orang sesuka hati. kadang2 sedih bila baca kat sana sini pasal anak derhaka. mana tak nya, mak ayah korang bersengkang mata, kadang2 xmakan demi nak cari duit.. buat pa depa cari duit? nak besaq kan anak2 depa, nak biaq anak2 depa berpelajaran, nak anak2 depa tao hormat orang tua. depa xmau anak2 depa hidop susah cam depa. tapi perangai hangpa cam sampah ni mampu ke nak balas jasa depa?

hangpa ingat duit mampu balas?? cuba bayangkan kalau hangpa jadi orang tua, then anak2 hangpa buat lagu tu kat hangpa.. apa hangpa rasa? best??

tanda2 kecil kiamat da ada, sekarang tanda2 besar pun da nampak..tapi siapa je yang perasan benda ni semua? kalau ada yang perasan pun kadang2 masih lagi xberubah. aku ni bukannya baik sangat nak bercakap sal ni, tapi at least kita ada rasa nak berubah then kita berubah sikit2.

sal zaman sekarang, okay in detail sal M'sia skarang, aku xkata yang M'sia ni teruk yang amat. tapi ak sedih bila tengok anak2 yang xberdosa dibunuh, dipam dalam tandas, di bakar hidup2. takda perasaan langsung ke??

ak tengok macam2 da, sedih xterhingga. retis pulak makin lama macam da  xde agama. aku bukan nak menangkan retis oversea tapi depa lagi baik dari kita. at least depa ingat agama depa. depa zina ke pape ke agama dorang xhalang. tapi retis kita?? ada nak kesah semua tu? hmmm,,, heran gak asal la dorang nak sangat tunjuk body dorang bila ada anugerah ke pape.

apa, ingat hot sangat la tu? dorang xtao orang dok kutuk dorang. "da tua tapi xsedar diri" and macam2 lagi..
sedih2 :'( pulak tu adakan rancangan untuk bebudak lak skarang, kata nya nak jadikan retis, pandai nyanyi, pandai menari and whatever. yang aku heran ada pulak mak bapak yang kasik anak2 dorang buat semua tu?
kadang2 aku terfikir kalau anak2 dorang dapat duit, ataupun retis2 yang blakon pegang2, xtutup aurat and so on tu, halal ke duit yang dorang dapat?

bukan nak mengata ke apa, tapi sedih sesangat tengok orang zaman sekarang. daripada mak bapak anta anak untuk bertanding benda2 keduniaan ni, apa kata hangpa anta anak2 hangpa p ngaji Quran? haa,, kan bagus! sifat terpuji and aku memang tabik la kalau mak bapak buat camni, tapi make sure la mak bapak tu sendiri pun buat apa yang Allah suruh buat and tinggal apa yang Allah larang. okay?

muhasabah diri ye? even korang xjadi parents lagi, tapi korang kena tao sal ni.. kena ada basic nye! and also kalau boleh jangan la nak jadi retis.. kalau ke arah Islam maybe okay, tapi ketahuilah bila korang terjebak dengan media memang susah la nak kekalkan Islam sebenar. banyak dugaan! so better jadi manusia biasa yang xfamous and kekalkan keISLAMan anda, bukan hanya di ic je!

:)

Friday, 24 May 2013

sabar..

hidup kita selalu diuji dengan berbagai ujian, namun setiap ujian yang diberi oleh Allah menandakan Allah sentiasa sayang kat kita..

Allah tahu segala-galanya. Dia Maha Mengetahui.

Allah xakan bagi ujian yang kita xkan mampu untuk memikulnya. percayalah, ada hikmah disebalik semua ini.

kadang2 rasa sedih gak bila Allah uji kesabaran aku. aku xmampu nak kawal marah ak dulu2. tapi skarang Alhamdulillah boleh la kawal siket2. heee

bila marah je mesti aku fikir dulu baik buruk nya. (tapi kekadang marah sangat2 xpulak fikir.. pastu mula nyesal). aku ni baran orangnya, tapi setiap kali nak marah aku cakap kat diri aku, 

"sabar2,, marah tu ancaman syaitan untuk kita." 

pastu hilang jap, then setan cucuk jarum!

aku cakap kat diri lagi 

"hang ni pasai pa?? nak marah dia buat pa? dia manusia sama cam hang, ada buat salah, xkan hang xtau??"

hilang jap,, cam biasa lah setan memang selalu je nak buat manusia sesat, dah memang keje dia kan..

aku pun terus ucap,, 

"A'uzubillah himinas syaitan nir rajim" (3X)

pastu trus amek wudhu'.. nanges la hang puas2 kat sejadah...

tapi xnafi la,, marah ni memang normal hidup manusia. kekadang aku sedar, aku marah sebab aku nak ajar dorang. tapi bila fikir2 kan balik, dorang terima nak terima ke apa yang kita cakap marah2 cam tu?? 

buat naik darah dorang ada la.. 

kita ni, kalau xmampu nak tegur secara baik, better kita doa mintak dengan Allah je. 
aku nak sangat dorang berubah, tapi aku tahu aku xmampu tegur dorang dengan cara baik. bila marah confirm dengan cara kasar, memang mustahil la tegur cara baik bila marah kan?

Ya Allah, tingkatkan kesabaran aku.. Aku xmampu nak tegur dorang, aku tahu iman aku xkuat..

so, aku biasanya xtegur dorang bila aku marah.. aku senyap je,,xcakap pape pon.. malas nak layan, kalau aku layan habis la keluar apa yang aku nak kata.. hadoi, manusia lemah cam aku ni memang selalu camni..

jadi, banyak kan bersabar dalam apa jua keadaan, Allah tahu semuanya.. Allah kasik kita benda yang indah nanti Insya Allah.. 

wassalam.

Wednesday, 22 May 2013

solat sunat taubat


Dalam islam seluas-luas pintu adalah pintu taubat. Allah S.W.T tidak akan jemu untuk mengampunkan hambaNya selagi hambNya percaya bahawasanya Allah S.W.T adalah satu-satunya Tuhan Yang Maha Mengampunkan hambaNya.
Dalam kalangan kita,mungkin ramai yang ingin bertaubat namun tidak tahu ke mana arah untuk mencari panduan. Berdampinglah dengan orang-orang soleh, jagalah solat, bacalah Al-Quran.
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
1. Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
2. Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
3. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
4. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
5. Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
6. Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
7. dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
8. Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
———————————————————–
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.
p/s : jangan pernah jemu untuk memohon keampunan kerana syaitan tidak pernah jemu untuk menarik anak Adam untuk bersamamya didalam neraka..nauzubillah..

Kedai Uncle Cina..

satu hari, seorang muslimah pergi ke sebuah kedai cina..

Uncle : selamat datang! Mau beli apa?

Muslimah : Saya mau beli banyak barang,, (ramah orangnya, still jaga adab n aurat :) )

Uncle : Okay, cali la,, kedai saya manyak balang woo,, talak jumpa balang, kasi tahu sama saya ( maksudnya: okay, cari la.. kedai saya banyak barang, tak jumpa barang yang nak beritahu saya)

Muslimah : Okay! :)

Uncle : Kamu Islam ka?

Muslimah : Ia, saya Islam..

Uncle : Kamu tahu ma,, pelanggan tetap saya juga Islam. Tapi saya helan ..

Muslimah : Kenapa uncle?

Uncle : Dia punya pakaian aaaa, sexy wooo..

Muslimah : (malu!!) oooo

Uncle : mula-mula saya ingat dia olang cina,tapi muka talak nampak macam olang cina. saya tanya nama dia, dia kasi tahu sama saya bla,bla,bla dan dia Islam. pakaian dia talak sama macam kamu maaa,,..

Muslimah : mungkin dia rasa nak berubah tapi tak de sokongan dari orang terdekat dia.. (husnu zon)

Uncle : hmm,, saya mula2 mau kenal sama Islam, saya lihat Islam bagus,, tapi apa pasal olang Islam talak nampak macam Islam?

Muslimah : (kelu lidah) Uncle, kalau nak kenal Islam, uncle kena jumpa dengan orang yang tahu Islam yang sebenar. Mungkin orang yang uncle kenal dan Islam tu pun sedang belajar mendalami agama.

Uncle : tapi olang pelempuan Islam yang uncle jumpa talak tutup badan dia. sexy!! hehehe,

Muslimah: Uncle, saya mau tanya. orang cina yang sebenar-benar cina boleh tak pakai sexy macam sekarang?

Uncle : talak boleh maa,,dia punya body untuk suami nya saja maaa

Muslimah : tapi kenapa orang cina sekarang ada yang sexy?

Uncle : (kelu lidah, tak mampu berkata)

Muslimah : sama juga dengan Islam uncle,orang yang mendalami Islam takkan sesekali membenarkan lelaki selain daripada suaminya melihat body mereka. orang yang menampakkan body mereka kepada orang lain tu mungkin dia ingin berubah, tapi tiada sokongan.

 
p/s : dear muslimah, anda tahu bila anda membuka aurat yang sepatutnya anda tutup, menyebabkan orang yang ingin mendalami Islam tidak yakin dengan Islam. Jadi muslimah sekalian, jagalah aurat anda. orang bukan Islam tertarik dengan Islam itu adalah perkara mulia, namun impian mereka hancur bila melihat orang Islam sendiri tak mengamalkan cara hidup Islam. Dosa membuka aurat itu sememangnya besar, dan jika kita yang menyebabkan orang bukan Islam menyampah dengan Islam macam mana pula??

renung-renungkan..

Friday, 17 May 2013

hanya mampu geleng kepala

Assalamualaikum.. hari ni nak cerita pasal bebudak yang dapat result UPU semalam.
diorang pening2 lalat lagi nak pilih yang mana.
okay, maybe this is hot story for them.. heee >.<

pilihan yang biasa bebudak lepasan SPM nak biasanya tak lain dan tak bukan asasi..
biasalah,, manusia semuanya nak habiskan study cepat2. katanya nak cepat dapat keje, cepat kahwin and sebagainya.

adik-adik, akak nak cakap siket.. (akak gtu! haha )
tak nafi la asasi memang habis awal.. tapi korang mampu ke nak study bagai nak rak masa asasi tu?
kalau setakat berkata-kata memang semua orang pun mampu. akak sendiri mampu..and yang akak survey kebanyakan budak asasi jarang nak survive bila degree. wallahu'alam.
mesti korang fikir just nak shortcutkan study dengan asasi je kan? by the way, kalau korang nak tahu biasanya kalau gegurl ni memang senang nak score semua tapi korang kene fikir sal keje pulak. jangan fikir nak habiskan study awal je. korang kene fikir panjang2 gtu. haaa,, baru betol!
akak xburuk2 kan asasi,tapi kalau gegurl yang nak keje cam boyish siket (engineer, architecture n etc) memang agak susah siket la.. sebab korang xde experience nak buat keje2 nie.. asasi xde benda yang prakrikal tao!
but for guys memang senang la sebab as a guy memang diorang mampu nak buat benda2 yang tak mampu dibuat oleh gegurl..
so, fikir betol2 dulu yeee?

ntok adik2 yang nak amek matrik pulak, boleh je..
tapi mesti ingat,, korang xboleh main2 macam zaman anak2 dulu. kene banyak study untuk catch up apa yang lecturers ajar.. akak xkata yang matrik ni teruk tapi memang orang xpandang sangat la.. even korang dapat 4.0 pun xconfirm korang dapat degree in medic. seriously akak cakap, memang susah.
furthermore, matrik sama je mcam asasi kalau fail duduk la korang sampai bertahun-tahun until korang pass and then dapat course degree yang cikai2.. huhu

hmm, skarang pasal diploma.
akak amek diploma in chemical engineer. and why i want this?? bcause akak tao yang diploma students belajar further dari asasi. ramai yang kata

" Diploma? ala, apa class??"

eh, hello budak diploma ni jugak la orang cari2 nak jadikan pekerja. dah la banyak buat praktikal. lepas abis diploma boleh apply keje lagi tao! lepasan matrik and asasi boleh apply keje yang boleh tahan la gajinya?
korang cakap amek diploma makan masa, korang da kaji selidik ke sal ni??
okay, degree in engineering 4 tahun ye, korang matrik/asasi 1 tahun cuba kira 5 tahun kan??
tapi kalau korang diploma's student degree just 3 tahun and diploma 2.5tahun je.. bezanya 0.5 tahun je adik2.. tapi dari segi experience cuba korang fikir.
this is not only for those yang nak amek engineering je tao,, semua course kalau budak diploma memang akan jadi short sebab masa dipoma korang da belajar benda dalam degree..

okay, sekarang pasal STPM..
STPM ni okay je for those yang rasa boleh lagi nak jadi student skolah.. (heee,,just kidding!!)
boleh sangat tapi make sure kene belajar betol2 sebab korang study banyak benda and almost fact! kelebihan STPM ialah priority diberikan untuk degree.. kalau xsilap kalau STPM pun 2.5 tahun gak.. tapi akak tak boleh nak comment banyak2 pasal STPM sebab dalam family akak memang xde pon yang nak amek STPM. kata diorang susah.

semuanya susah nak survive kalau main2 kan? =.=' huhu

tapi fikir betol2 ye? jangan sampai rasa menyesal kemudian hari..

priority dalam apply degree:    1. asasi
                                              2. STPM
                                              3. Diploma
                                              4. matrik..

so, pape pun adik2 istikharah la dulu ye?? mintak petunjuk Allah semoga berjaya!
mintak pendapat orang yang lebih tahu,jangan ikut suka hati je.. huhu

okay, wassalam.

tinta saya!

da lama xupdate blog. even theres no one know about it!haha :D

skarang aku da rase redha dengan result yang aku dapat.
maybe ada hikmah disebalik semua tu.. kadang2 kita kene la jugak rase macam mana orang lain rase, i mean orang yang xdapat dean list..so, aku da rase dapat dean list and xdapat.

malu tu mesti lah ada,, mana taknya classmates aku ingat aku ni budak pandai.. sedangkan dyorang xtao yang aku ni xde la pandai sangat. biase2 je.. dulu mase form 1 sampai form 5 aku antara yang average la among my friends.

kawan2 aku semua pandai.. dyorang amek medic in Allianze, electrical engineering in UTP n macam2 lagi. aku ni budak diploma in chemical engineering at UiTM je.. xpandai mana punn..

hmm,, at first sem dapat dean list tu orang kata rezeki je..aku pun xsangka dapat n i know the reason why i got it! heee

Thanks Allah for giving me the result,, kalau aku dapat dean list lagi sem 2 mesti ak riak.. Allah still love me! thats why He not gives me dean list! :)