Friday, 19 July 2013

si tudung..


Si tudung ini merupakan seorang remaja yang sering mencari apa itu erti hidup seorang remaja. Dia mula memakai tudung sejak dia akil baligh lagi. Bagi dia, pakai tudung kerana takutkan ayah dia. Walaupun dia bertudung, itu bukan satu penghalang untuk dia bergembira. Satu demi satu benda dia cuba. Seperti remaja lain, semua benda nak dicuba.

 Kalau bab cinta, dia lah nombor satu. Tanya apa jenis soalan mengenai cinta, dia paling tahu. Couple, itu perkara biasa bagi dia. Hubungan di ikat selama 4 tahun. 
Katanya, 

"Couple je pun. Bukan pegang-pegang."

Walaupun begitu, dalam hati dia masih mencari lelaki yang ingin membimbing dia. Lelaki soleh, itu idamannya. 

Kalau bab solat, solatnya tunggang langgang. Bacaan pun mengalahkan budak sekolah rendah. Sangat cetek ilmu dia. Belajar agama hanya asas. Itupun yang di ajarkan di sekolah. Pernah juga dia ingin berubah, tapi kerana kekasih menghalang, dia melupakan niat. Walaupun jahil, dia masih tahu bezakan apa itu halal, apa itu haram. Cuma, bagi dia, couple itu satu keperluan. Pernah juga dia menyatakan hasrat ingin berkahwin kerana terlampau cintakan kekasihnya. Tapi, ibubapa melarang. Katanya masih muda bagi dia untuk berkahwin kerana belum habis bersekolah.

 Dia pun menamatkan SPM dengan cemerlang. Kemudian sambung belajar di peringkat Universiti. Dia mendapat tawaran jauh daripada kekasihnya. Sedih kerana tiada lagi teman. Sedih kerana berjauhan. Pergilah si tudung sambung belajar dengan hati yang sedih. Setiap hari tidak putus berhubungan dengan kekasih. Sampailah suatu hari, mereka bergaduh kerana si tudung menyatakan hasrat ingin berubah. Dia ingin berubah kerana mereka berdua ingin mendirikan rumah tangga selepas si tudung habis belajar. Satu demi satu kisah silam si tudung diceritakan oleh kekasihnya. Katanya 

" Tak payah lah berubah, saya terima awak seadanya. Awak tu bukan baik sgt pun. Sama je mcm saya." 

Si tudung berasa sangat sedih kerana ayah dia pernah menyatakan hasrat. 

"Papa nak ada anak papa semua jadi soleh dan solehah. Kalau tak, papa rasa gagal menjadi seorang ayah." 

Si tudung bergaduh selama seminggu mengenai niat dia ingin berubah. Akhirnya, putuslah hubungan yg bertahun lamanya. Menangis si tudung semalaman kerana masalah itu. Baru dia teringat utk mengadu pada Allah. Mengadulah dia kepada Allah mengenai niatnya. Terasa lapang di hatinya selepas itu. Hidayah Allah SWT datang pada mereka yang mencari. 

Pada keesokan harinya, si tudung membuat kerjanya seperti biasa. Kehidupan sebagai pelajar yg penuh dengan assignment. Tertoleh dia memandang baju dan tudung-tudung dia yang sedang bergantungan di luar. Katanya, 

"Jarangnya tudung aku. Mesti nampak rambut aku." "Keciknya baju aku. Mesti nampak bentuk badan aku." 

Menangis dia melihat pakaian dia. Terus dipasang niat untuk membeli inner tudung. Rezeki si tudung, ada orang memberi hadiah kepada dia. Betapa beruntungnya dia. Terasa syukur atas nikmat yg kecil itu. Petang itu juga, si tudung keluar membeli handsock dan stokin. 

"Tangan dan kaki tu pun aurat. Aku mesti tutup." 

Tudung yang sedia ada, tidak dibuang, tapi dilabuhkan menutupi dada. Kalau jarang, inner tudung dipakai. Bila ada orang berubah, mesti ada menghina, mencaci dan memandang pelik. Itu yg dirasai si tudung. Satu demi satu kawan si tudung meninggalkan dia. Hidup dia tidak seperti dahulu lagi. Lain sangat. Dahulunya handphone tidak pernah lekang dengan SMS dan call, tapi sekarang, sunyi. Hidup si tudung sunyi, hanya bertemankan telekung dan sejadah utk dia mengadu pada Allah SWT. Terasa sedih kawannya yang dulu berjanji sehidup semati, kini meninggalkan dia kerana niat dia ingin berubah. Satu demi satu gambar dilihat. Gambar bersama kawan-kawan, bersama kekasih, bersama keluarga. Menangis si tudung keseorangan, bertemankan airmata sepanjang penghijrahan dia. 

Dalam masa yang sama, dia tidak mahu kembali pada zaman Jahiliyyah dia dahulu. Bila dikenang kisah lama, terasa benci membuak di dada kerana tidak ingin jadi jahil seperti dahulu. Si tudung melazimkan diri menghadiri majlis ilmu, mendengar ceramah di youtube dan berguru dengan ustazah di tempat belajar dia. Bukan susah ingin berubah jadi baik, Datang semula kekasih si tudung mencari utk meraih cintanya kembali. Sayang dan cinta masih tersemat di hati, tapi kerana takut pada Allah SWT, si tudung kuatkan diri utk menolak cinta itu. 

Allah SWT itu Maha Penyayang. Si tudung mendapat sahabat baru satu demi satu di majlis ilmu yang dihadirinya. Sahabat itulah yg memberi kata semangat, mendorong dia utk terus kuat berubah ke jalan Allah SWT. Si tudung di beri dugaan sekali lagi, sahabat dia kini tiada di sisi dia kerana sudah mendirikan rumah tangga, dan menyambung pelajaran. Sekali lagi, hidup si tudung dihiasi dengan airmata. Terbuka hatinya utk menelefon papanya. Bergelinangan airmata mendengar papanya menangis kerana anak dia sudah berubah. 

Walaupun jauh, papanya sanggup datang ke tempat belajar si tudung utk berjumpa dengan anaknya. Di peluk seerat-eratnya. Menangislah anak beranak itu. Dihulurkan tafsir Al Quran kepada si tudung. Pesan papanya 

"Jadikan Al Quran ini sahabat kamu setiap masa. InsyaAllah kamu tak akan rasa sunyi." "Papa balik dulu. Semoga istiqamah sayang, papa sentiasa mendoakan kamu. Dh lama papa menantikan saat ini." "Alhamdulillah, Allah SWT masih beri papa peluang untuk lihat anak papa berubah." 

Terasa sedih kerana terpaksa melepaskan papanya pergi. Semenjak daripada itu, si tudung diduga dengan pelbagai dugaan. Tapi, tidak sedikit pun mematahkan semangat dia utk terus berubah. Di tanam dalam hati supaya sentiasa bersangka baik kpd Allah. Setiap ujian, di sambut dengan tenang dan sabar. Semua orang kata senang nk berubah, tp hanya diri yg tahu betapa susahnya nk berperang dengan nafsu sendiri. 

Pesan si tudung kepada para muslimah di luar sana,

"Berubahlah. Jadilah mutiara yg bersinar, mahal dan susah utk dimiliki." "Hanya golongan tertentu yang diizinkan Allah SWT utk memiliki kamu." "Cinta itu fitrah, tapi jangan salah gunakan cinta yang diberikan. Tetapkan cinta pada Allah SWT dahulu, kemudian Rasulullah SAW." "Baru diakhiri dengan cinta kepada manusia. Percayalah, couple bertahun tiada guna kerana tidak mendapat redha Allah SWT." "Ketenangan hanya dikecapi apabila kamu meletakkan hati kamu hanya untuk Dia."




No comments:

Post a Comment