Dalam satu rumah sewa. Ada tiga orang member. Tiga tiga member ni nama sama iaitu Ahmad. Ahmad Ali. Ahmad Umar dan Ahmad Fikri. Tiga-tiga ni macam orang-orang hebat lah. Manusia yang dah disentuh tarbiyah.
One day, sorang lelaki nak masuk rumah ni. Nak jadi housemate lah kiranya. Masa tu tiga tiga Ahmad ni baru lepas solat. Si lelaki tadi masuk rumah. Pakaian dia hispter habis. Jeans. Baju tshirt ketat. Rambut panjang. Pakai cap. Sangkut beg baju kat bahu. Ahmad Fikri bangun dari tikar sejadah, sambut ahli baru.
Ahmad Fikri hulur tangan. Nak berjabat tangan. Tapi tak berbalas.
"Assalamualaikum. Nama aku Ahmad. Nama kau pun mesti Ahmad en?" Lelaki tadi pandang slack dekat Ahmad Fikri.
"Nama aku Ahmad. Ahmad Azam."
"Oh. Ha, kalau kau nak tahu. Dalam rumah ni semua nama Ahmad. Yang tu Ahmad Ali, lagi satu Ahmad Umar." Explain Ahmad Fikri.
Ahmad Umar bangun. Lipat sejadah. And then pergi dekat dengan Ahmad Azam ni tadi.
"Aku bagi kau amaran. Rumah ni takleh ada arak, rokok dan kau tak boleh bawa masuk perempuan." Dingin semacam intonasi Ahmad Umar. Ahmad Azam pandang slack kat Ahmad Umar.
'Peduli apa aku.' Dia balas dalam hati.
Lepas Ahmad Umar dah masuk bilik, Ahmad Fikri minta maaf pada Ahmad Azam bagi pihak Ahmad Umar. Ahmad Azam watlek je tak terasa pun. And then Ahmad Ali datang.
"Selamat datang ke rumah ni." Tapi di abaikan seratus peratus oleh Ahmad Azam. Tetibe phone Ahmad Azam bunyi. Dia jalan pergi dapur, jawab call. Letak beg atas meja makan kejap. Buka fridge. Masa tengah otp.
Ahmad Ali dan Ahmad Fikri ni pergi geledah beg Ahmad Azam. Jumpa cap, minyak wangi, note music. Macam-macam. Ahmad Fikri try pakai cap Ahmad Azam. Ahmad Ali try pakai minyak wangi. Macam jakun sangat. Bak kata orang utara, peghak.
"Weh apa korang buat kat barang aku ni?" Tegas suara Ahmad Azam dari belakang diorang. Dedua cam tersentak sangat
"Er. Beg kau jatuh. Kitorang tolong angkat." Ahmad Ali jawab.
Ahmad Azam tak kisah. Terus bawa beg masuk bilik. Esok tu. Ahmad Umar gerak seluruh ahli rumah bangun solat subuh. Tapi Ahmad Azam langsung tak bangun. Tutup muka dengan bantal. Dah pukul berapa baru Ahmad Azam bangun. Itu pun sebab bunyi alat penggera yang disebabkan asap. Dia ingatkan ada kebakaran. Cecepat bangun.
"Weh pejadi ni?" Dia cari housemate lain. Tengok tengok housemate dia semua kat dapur tengah masak. Sampai berasap -,- Dia sambung tidur. Ahmad Umar masak. Ahmad Fikri tampal sesuatu dekat setiap sudut rumah.
"What's that?" Ahmad Umar tanya. "Untuk budak baru tu." Dia jawab. Banyak nasihat dan pesanan yang tertulis atas kertas yang ditampal tu. Ahmad Azam keluar untuk pergi interview.
Masalahnya bau badan dia busuk melampau. Semua yang lalu sebelah dia tak tahan dengan bau dia. Masa di interview, orang tu pun tak tahan dengan bau dia. Tak sampai lima minit, interview pun habis. After that. Ahmad Azam pergi restaurant. Jumpa member. Borak kejap. Pastu balik rumah. Sampai rumah, Ahmad Umar and Ahmad Fikri ada kat ruang tamu. Nampak je Ahmad Azam, Ahmad Fikri bangun, tanya pasal interview tadi.
"Weh camne interview tadi? Semua okay?"
"Apehal? Aku nampak cam tak okay ke?"
"Weh, aku cuma tanya je." Ahmad Azam terus masuk bilik.
Malam tu, dinner. Umar, Ali dan Fikri berkumpul kat meja makan. Ahmad Azam datang lambat sikit. Tiga orang ni tengah borak. Ahmad Azam datang, selamba smoke. Ahmad Umar bengang. Dia dah langgar peraturan rumah.
"Smoke lah. Kitorang tak kisah pun." Tinggi suara Ahmad Umar. Ahmad Ali ni lurus bendul sikit.
"Tapi selama ni kau kata tak boleh?" Ahmad Fikri tenangkan Ahmad Ali.
"Senyaplah jangan kacau diorang." Lepas tu Ahmad Azam and Ahmad Umar ada small fight dekat meja makan.
"Aku dah penat dengan semua ni. Ni life aku."
"Go ahead dengan life kau. Aku pun dah malas nak masuk campur!" Suddenly phone Azam bunyi.
"Okay lah aku nak keluar." Ahmad Azam bangun nak blah lepas otp. Ahmad Umar ikut dia sampai pintu.
"Know what, kau rasa semua orang rasa kau teruk, tak suka kau, tak masuk dengan kau. Tapi kau yang pilih untuk tu senanye!" Bentak Umar.
"Dah lah aku nak blah." Ahmad Azam tolak badan Ahmad Umar. Terus keluar. Ahmad Azam masuk bilik. Buka baju, baling kat lantai. Semua notes yang Ahmad Fikri tampal kat dinding, dia koyakkan. Dia nak koyakkan satu lagi, yang tertampal dekat ceiling, bebetul atas katil dia. Tapi dia terbaca...
'A man who decides to change on the 12th hour dies on the 11th.'
Dia terduduk atas katil. Rasa down sangat. Stress. Akhirnya dia tertidur. Masa tidur tu, dia mimpi kawan dia meninggal. Dia terjaga. Duduk kejap. And then baring semula. Pandang ceiling. Nampak quote tadi.
Esok tu. Dia hantar resume kerja. Since haritu, dia bebetul nak berubah. Pergi masjid. Muhasabah diri. Berjalan tadabur alam. Tapi satu. Ahmad Azam still terasa hati dengan Ahmad Umar. Sampai satu pagi, Ahmad Umar, Ahmad Ali dan Ahmad Fikri dah bangun untuk subuh. Masuk bilik Ahmad Azam, takde orang. Buat tak kisah, diorang pun nak pergi ruang solat. Sampai dekat ruang solat, semua tergamam. Ahmad Azam dah siap bentangkan sejadah untuk diorang semua. Siap lepak dengan macho kat tempat imam pulak tu.
One day dia terbaca satu notis.
'Halaqah Today.'
Student center, 6:30pm.
Ahmad Azam pergi. Sampai situ.
"Hey."
"Hey, kau nampak lain. Kau okay?"
"Yeah. Aku dah faham. Alhamdulillah." Finally, Ahmad Azam repent. Dan dia jadi one of manusia yang sangat baik. Housemate dia pun semua terima dia.
The end...
No comments:
Post a Comment