usia sekarang kan da remaja, so tak salah kalau kita bercakap sal kahwin kan??
tak kira pempuan atau laki, kita ni tetap manusia biasa yang memang ter'attrack' dengan makhluk ciptaan Allah yang berlainan gender. tapi kita kena lah ingat yang kita nie still lagi beragama Islam. so, praktikkan apa yang Islam suruh bukan sesedap kfc je kita langgar arahan Pencipta Alam ni..
zaman sekarang ada pulak yang cakap couple islamik. aku pun heran dari mana la datang nya istilah 'COUPLE ISLAMIC'.
first of all, korang kena lah pandai kawal nafsu. kalau rasa nak couple sesangat or jealous dengan kengkawan yang asyik on call or message dengan mamat2 handsome 2 korang sabar jela.. aku memang berpengalaman sal benda ni.. biasanya orang yang aku minat (and of course handsome gila siot!) mesti message dengan pempuan cantik. (menyampah aku!) tapi aku sabar jela..anggap jela tak de jodoh n memang xsesuai an kita.
orang pempuan zaman sekarang ni memang ramai gila2 daripada laki. kalau tak silap aku nisbah orang laki dengan pempuan, 1: 50. ramai gila,, bayangkan macam mana. so, ramai la pulak yang perigi cari timba. benda ni tak salah pun but, untuk dijadikan suami tao! bukan untuk dijadikan abang angkat or dengan nama lain PAKWE..
so, untuk tahu dia ni jodoh kita ke tak, kita kena lah mintak petunjuk Allah SWT dulu bukan main tangkap muat je,, kalau betul la laki tu nak kat kita mesti dia da jumpa parents kita. pastu kawin.. mengikut ajaran Islam yang sebenar.
kan best kalau dapat suami soleh!! pempuan mana yang tak nak kawin kan? mesti semua nak kawin and of course nak rasa pakai baju pengantin.. (Awww,, aku pun nak!!!)
but, before kawin 2 kena la ada kekuatan mental dan fizikal dulu.. maksudnya kawin ni bukan perkara macam tukar baju! kita kena fikir tanggungjawab. bagi seorang pempuan kena la tahu jaga urusan rumahtangga dan bagi pengemudi kapal rumahtangga pulak kena la ajar isteri anda dengan ajaran Islam sebenar..
pastu bila da dapat anak tu, pepandai le ajar anak2 pulak! kawin nie best, kata ustaz dan ustazah la (aku takde pengalaman lagi dalam bab-bab nie,, heeee) kawin muda pulak sunnah nabi, tapi sekarang ni parents biasanya tak kasi kawin awal sebab tak matured lagi n ekonomi pun xstabil..
fitrah manusia memang nak sangat keluarga yang bahagia. tapi dorang tak pandai nak conduct macam mana. tapi kena ingat, sekiranya kita ikut ajaran Allah, InsyaaAllah bahagia dunia akhirat..



.jpg)


No comments:
Post a Comment