Si Hijab, remaja yang sentiasa gilakan fashion tudung terkini. Tudung pashmina, shawl, hana tajima dan macam-macam jenis tudung. Dia tak kira keadaan tudung itu jarang ke, pendek ke, asalkan tudung itu nampak lawa dan bergaya. Kalau ditanya, bila mula pakai tudung. Akan dijawabnya daripada sekolah rendah. Itu pun, atas paksaan ibubapa. Kerana sudah biasa memakai tudung, Si Hijab terus memakai sehingga masuk alam dewasa.
Tetapi, walaupun dia bertudung, ilmu agamanya tidaklah setinggi mana pun. Bagi si hijab, definisi menutup aurat adalah dengan menutup rambutnya sahaja. Sebab itu dia tidak kisah seandainya keluar memakai lengan pendek, kerana rambutnya sudah ditutup oleh tudung.
Kalau mengenai bab pergaulan, si hijab ni memang terkenal di kalangan budak lelaki kerana peramahnya. Sentiasa dilayan mesra tak kira lelaki atau perempuan. Muka tidak pernah lekang dengan senyuman. Memang tidak dinafikan batas pergaulan dia tidak dijaga. Tidak kisah dipegang, ataupun bersentuhan dengan lelaki. Walaupun ditegur beribu kali oleh ustazah ataupun ustaz disekolah, tapi nasihat itu seakan mencurah air ke daun keladi. Walaupun rapat dengan lelaki, si hijab tidak pernah ada hubungan istimewa ataupun bercouple. Bagi dia, couple itu menyusahkan kerana ramai kawan lelaki dia sering patah hati kerana cinta.
Walaupun bertudung, tapi solat dia tidak pernah jaga. Dalam setahun, boleh kira berapa kali dia solat. Tapi hidup dia tidak pernah susah, sentiasa gembira, sentiasa senang, sentiasa penuh dengan gelak tawa. Sehingga suatu hari dia ditimpa dugaan yang berat bagi dia.Allah SWT menguji dia dengan kehilangan 5 orang kawan yang sangat dia sayang. Keluarga dia pula, menghadapi masalah kewangan kerana ekonomi merosot. Hidup si hijab tidak seperti dulu lagi. Penuh dengan tangisan kerana tidak kuat, kerana rasakan Allah itu kejam. Tapi sedikit pun dia tidak mengambil peluang utk berubah. Makin menjadi perangai dia. Kerana sedih, dia mengambil jalan untuk toreh tangan. Bagi dia, sakit di dalam, tak sama macam sakit di tangan.
Sehingga dia ditahan di hospital kerana lukanya sangat dalam.
Doktor berkata "Kalau salah cara awak buat ni, dah lama awak meninggal. Bersyukur lah pada Allah sebab awak masih hidup."
Kata dia, "Buatpe hidup kalau asyik sedih, menangis, lebih baik mati macam ni."
Seminggu si hijab ditahan di hospital, tapi tidak ada seorang pun kawan yang melawat. Kawan yang rapat semua mendiamkan diri.
Sehinggalah suatu hari, ustazah sekolah dia melawat kerana mendengar khabar daripada rakan sekelas. Datangnya ustazah dengan membawa sedikit buah tangan dan air zamzam. Disambutnya kedatangan ustazah dia dengan dingin. Si hijab tidak pernah sukakan ustazah kelas dia. Pernah sekali, dia meletakkan lipas didalam beg ustazah dan katak di bawah meja dia.Itu kerana ustazah dia menegur cara dia bergaul, cara dia rapat dengan lelaki. Kerana sebab itu, terus dibenci si hijab.
"Apa khabar kamu? Sihat? Semoga makin sembuhlah luka kamu tu, InsyaAllah."
"Ustazah ada bawakan air zamzam. Minumlah. Ustazah baru je sudah tunaikan umrah haritu, Alhamdulillah."
"Suatu hari nanti, rezeki kamu pula ke sana. MasyaAllah, cantik sangat dan tenang sahaja bila dekat sana."
Si hijab membisu. Tidak sedikit pun berminat dengan cerita ustazah dia.
Lalu ditegur, "Kenapa datang?"
"Kau tahu aku tak suka kau, kenapa kau datang? Kau ingat aku nak sgt tgk muka dekat sini?"
Dihalaunya ustazah dengan nada marah, sehingga orang sebelah pun memandang.
Lalu, ustazah pun berkata dengan tersenyum, "Ustazah tahu kamu tak suka ustazah."
"Ustazah tahu juga kamu yang letak lipas dan katak tu. Ini sebab ustazah tegur kamu kan?"
"Ustazah nak berkongsi sedikit nasihat, itu pun kalau kamu nak dengar. Sudi tak?"
"Ustazah janji, lepas ustazah cakap ni, ustazah balik."
"Hidup kamu ni sebenarnya mencerminkan diri ustazah yg dahulu. Jahil dari segi agama, berseronok tanpa hirau batas agama."
"Ustazah lihat kamu, ustazah nampak diri ustazah. Ustazah tak mahu kamu jadi mcm diri ustazah dulu. Sebab itu ustazah tegur."
"Cara kamu, sama seperti ustazah, tapi ustazah lagi teruk, ustazah simbah cikgu ustazah dengan air."
"Tapi selepas satu insiden, ustazah berubah. Ustazah mahu kamu berubah sama, masih tak terlambat. Kamu masih muda."
"Ustazah doakan kamu cepat sembuh, dan semoga dilindungi Allah SWT selalu, Assalamualaikum."
Perginya ustazah dengan senyuman. Si hijab terdiam mendengar cerita ustazah, tapi itu bertahan seketika sahaja. Benci betul dia kepada ustazahnya. Air zamzam yg diberikan dibiarkan sahaja. Sehingga pada hari si hijab boleh pulang ke rumah, malang betul nasibnya, dia ditimpa satu kemalangan.
Tangan patah, kaki patah, berjahit 10 jahitan di kepala. Kerana banyak darah keluar, dia koma selama beberapa hari. Selepas tersedar, dia terus menggelupur daripada katil sehingga jatuh. Berpeluh badan dia. Menjerit si hijab kerana panas, sedangkan pada waktu itu, cuaca sejuk kerana hujan. Ibu dia memeluk sambil beristighfar dan menenangkan anaknya yg seakan separuh gila.
Rupanya ketika dia koma, dia ditimpa mimpi yang buruk. Mimpi yang dia dibakar secara hidup-hidup. Tempat yg dibakar adalah auratnya yang terdedah. Aurat selain rambutnya. Panasnya tidak terkata. Begitu sekali cara si hijab diberikan hidayah oleh Allah SWT.
Setelah pulih, dia kembali belajar semula ke sekolah. Walaupun patah tangan, patah kaki, tapi dia tetap pergi ke sekolah utk menuntut ilmu. Terkejut kawannya semua, si hijab memakai tudung labuh, memakai handsock, dan menutup aurat dengan sempurna. Dijaga setiap pandangan dia, dan ketika di tegur oleh kawan lelaki, dia hanya senyum. Ada juga yang ingin memegang bahu dia tapi kelihatan api kemarahan di mata si hijab sebagai tanda amaran.
"Jangan pegang aku melainkan kau tu suami aku. Mahram aku. Kalau bukan, ingat amaran aku ni. Hormat aku."
Tersenyum ustazah melihat si hijab sudah berubah. Selama dia sakit, ustazah datang utk mengajar si hijab mengenai agama. Sedikit sebanyak dia mendapat input agama daripada ustazah. Tidak pernah jemu ustazah mengajar dia.
Berubahlah si hijab, daripada seorang yang sangat "peramah" menjadi seorang mawar yg berduri serta "pemalu."
Sedikit pesanan daripada si hijab kepada semua sahabat perempuan dia.
"Nak berkawan, boleh. Tapi mesti jaga batas. Mahalkan diri, jgn murahkan diri awak utk disentuh oleh lelaki."
"Berubahlah selagi ada peluang. Jangan sampai nyawa sudah tiada, baru kita nak berubah. Tiada guna lagi dah."
"Tak mati pun kalau tak couple, tapi hati kamu mati kalau tiada Allah SWT di dalam hati."
"Menutup aurat itu adalah menutup semua anggota kecuali muka dan tapak tangan. Bukan tutup rambut sahaja."
"Berubah sedikit demi sedikit, asalkan kekal istiqamah. Tajdid niat, buat kerana Allah SWT."
No comments:
Post a Comment