Si ibu mempunyai 6 orang anak. Dia menyara anaknya bersama suami di satu rumah yg agak kecil. Sebenarnya, si ibu mempunyai 12 orang anak, tetapi 6 daripadanya sudah meninggal dunia kerana sakit dan kemalangan. Kalau dilihat saiz badan mereka sekeluarga, sangatlah kurus dan nampak tidak bermaya.
Keluarga mereka susah, nak makan pun kadang ada, kadang tidak.
Si ibu tidak bekerja, manakala si bapa hanya kerja sebagai pemandu teksi. Duitnya tidak tetap kerana bergantung pada penumpang yg naik. Dunia yang semakin moden, menghimpitkan lagi kehidupan mereka sekeluarga. Barang semua semakin naik harga. Kehidupan mereka sekeluarga menjadi semakin susah. Anak-anak pula tak mahu ketinggalan zaman, semua nak diminta. Baju baru, seluar baru, beg sekolah baru, barang sekolah baru, kasut baru, semua serba serbi baru. Semua diminta, sedikit pun tak ambil peduli macam mana susahnya ibu bapa mereka mencari duit utk bagi mereka makan.
Si ibu akan buat apa sahaja utk penuhkan kemahuan anaknya. Macam-macam kerja yg dilakukan tanpa kenal erti penat. Di ambil upah mencuci baju, mengemas rumah, dan macam-macam kerja. Sedikit pun si ibu tidak pernah penat melayan karenah anak. Setiap permintaan anak, di sambut dengan senyuman. Tenang dia berkata
"Nanti ibu belikan. Jangan risau ye. Ibu nk tgk anak ibu gembira."
Bila anak semua dah berjaya, si ibu sentiasa mengharapkan kepulangan anak ke rumah ketika hari raya. Si ibu mengharapkan panggilan telefon seorang anak utk bertanya khabar. Tidak penat si ibu menanti. Setiap hari, penuh sabar. Menanti dengan senyuman. Namun, tiada seorang pun anak yang datang berkunjung. Tinggallah seorang ibu bersama harapan yg tinggi menggunung.
Betapa gembiranya hati seorang ibu menahan rindu. Nak dipeluk anaknya itu tapi ditolak.
"Kenapa ibu ni. Along dah besarlah. Janganlah peluk along." katanya.
Kecil hati si ibu, tapi dipujuk dengan senyuman.
"Maafkan ibu ye along. Cuma ibu rindu sangat dekat along. Adik-adik tak ikut sekali?"
"Kenapa dah lama tak balik rumah? Ibu nak sgt tgk anak ibu makan dengan ibu, borak dengan ibu. Macam dulu."
"Bapak dah tak ada. Tiada siapa nak borak dengan ibu. Ibu sunyi. Along duduklah dengan ibu ye?"
Pujuk si ibu dengan senyuman dan bergelinangan airmata di kelopak mata.
"Tujuan along datang ni, nak amik ibu hantar dekat rumah orang tua. Kesian ibu duduk sorang. Ibu kemaskan baju, kita gerak petang ni."
"Along tak boleh nak jumpa ibu selalu, along tak boleh nak jaga ibu. Along sibuk. Adik-adik semua sibuk."
"Along tolong kemaskan sekali barang ibu. Rumah ni dah usang dah. Buruk dah along tengok. Malu bila balik sini."
"Along tak nak ingat pape dah pasal rumah ni. Kalau ibu duduk rumah org tua, ada orang jaga ibu, boleh borak dengan ibu."
"Nanti, senang adik semua nak jumpa ibu. Dekat. Ibu pergi rumah orang tua ye?" kata along panjang lebar.
Si ibu percaya dengan kata anaknya yg mereka akan melawat lebih kerap kalau dia pergi ke rumah orang tua. Lalu si ibu pun bersetuju. Namun, janji semua itu palsu. Tak pernah pun anaknya melawat ataupun menelefon. Menangis si ibu setiap malam menunggu anaknya datang. Namun, sedikit pun dia tidak membenci anaknya. Kuatnya kasih seorang ibu. Setiap hari berdoa agar anaknya datang melawat, setiap hari tanpa jemu.
Si ibu berpesan kepada semua anak yg ada di luar sana,
"Hargai ibubapa kamu walaupun susah mcm mana hidup kamu dahulu."
"Bila dah berjaya, jangan lupa mendoakan ibubapa kamu. Mereka walaupun susah, tp mereka berusaha utk penuhi hasrat kamu."
"Mereka tak harapkan duit kamu, tapi mereka harapkan kasih sayang kamu."
"Jagalah mereka sepertimana mereka menjaga kamu dahulu semasa kamu kecil sehingga kamu besar."
"Kalau kamu benci pada mereka, percayalah yang mereka tak pernah benci kepada kamu walaupun apa yg kamu buat."
"Kami semakin tua, kamu semakin meningkat usia juga. Kami tak larat, tapi kami tak mahu berharap dekat anak-anak."
"Kami tak mahu menyusahkan anak-anak sebab kami mahu mereka bahagia, hidup senang, dan tak terbeban utk jaga kami."
"Sebab itu makcik sanggup datang rumah orang tua ni sebab tak mahu anak makcik terbeban. Lagipun mereka tak suka hidup mereka dulu."
"Makcik tak salahkan mereka sebab mereka patut hidup senang. Makcik salahkan diri makcik sebab tak usaha lagi utk bagi hidup kami senang."
"Tapi makcik tahu yang semua ni dugaan Allah SWT nak beri. Cuma makcik harap, sebelum makcik pergi, makcik nk jumpa semua anak makcik."
"Makcik nak beraya dengan mereka semua, masak rendang yg diorang semua suka dulu. Dah lama makcik tak masak utk diorang."
"Makcik doakan kamu semua jadi anak yg soleh dan solehah, berjaya dunia akhirat, InsyaAllah."
:'( ambil ikhtibar ye kawan2
No comments:
Post a Comment