Monday, 9 September 2013

si baju merah

Si baju merah. Merupakan gadis bandar yg sentiasa mencari apa itu erti keseronokan dunia. Banyak perkara yang dicuba. Dari fashion sehingga aksi lasak. Itu sahaja perkara yg boleh membuatkan dia gembira. 
Solat. Jarang sekali dilaksanakan. Kalau buat pun dekat sekolah bila kena suruh solat. Bagi dia solat itu bukan cara untuk lepaskan tension. Bukan cara utk buat dia gembira. Bila sedih, ada sahaja perkara yg dilakukan. Tomboy. Itu gelaran dia sebab dia suka membuat perkara yg macam lelaki. Semua perkara lasak dia buat. Itu semua kerana minat. Kawan lelaki. Memang ramai. Kawan perempuan? Sedikit. Sebab perempuan ni leceh kata dia. Bila gaduh semua nak mengutuk belakang. Semua nak terasa padahal bkn utk diorang. Kawan dgn lelaki style. Kalau gaduh semua relax je. Sebab tu dia suka keluar dengan lelaki ataupun keluar sorang sebab tak suka dengan perangai manusia yg cerewet dan mengada.

Suatu hari ketika dia keluar untuk jogging, dia tersadung kerana terlanggar batu. Habis luka kaki. Banyak darah yg keluar kerana terhantuk di batu yang tajam. Ramai orang yg melihat tp tiada siapa yg menolong. Kecewa dengan perangai manusia, si baju merah mengagahkan diri berjalan sehingga dia jumpa satu bangku. Darah tak berhenti mengalir sehingga ada seorang yg bertudung labuh datang menyapa.

"Assalamualaikum. Kenapa dengan kaki awak tu? Banyak darah mengalir." tegur gadis itu dengan lembut. Kerana terkejut, si baju merah terdiam. Dia hanya memandang dengan pandangan sinis. Benci melihat mereka yg bertudung labuh ni. Bajet baik. 

Lalu di keluarkan sarung tangan dan di ikat di kaki si baju merah. Terkedu melihat perbuatan gadis itu.

"Kaki awak luka teruk ni. Meh saya papah awak pergi kereta. Saya suruh mak saya hantar awak ke clinic. Jom?" dihulurkan tgn dengan senyuman. Disambut huluran tangan itu kerana sakitnya tidak terkata. Dalam kereta, gadis itu sangat risau akan keadaan si baju merah. Asyik dilihat darah yg mengalir walaupun sudah diikat dengan sapu tangan dia. Risau jelas kelihatan di muka gadis itu.

Pelik. Si baju merah sangat pelik. Sebab bukan dia kenal pun gadis ni, kenapa nak risau pasal dia. Pelik. Sampai di klinik, si baju merah mendapat dua jahitan kerana lukanya agak besar. Bila nak bayar duit rawatan, dihalang oleh gadis itu.

"Tak payah. Biar saya yg bayar. Simpan duit awak tu. Duduk ye. Kaki awak sakit tu." lembut berbicara.
"Saya dah bayar. Jom saya hantar awak balik rumah. Rumah awak dekat mana?" tanya gadis itu.
"Tak payah lah. Aku jalan kaki je. Dah susahkan kau banyak ni. Lagipun rumah aku takde orang. Aku duduk sorang. Family aku outstation."
"Duit kau nanti aku bayar balik. Aku tak suka berhutang. Lagi satu, sapu tangan kau nti aku bg balik. Penuh darah ni." kata si baju merah.
"Takpe lah. Saya hantar kat rumah ye. Family awak tak ada? Nk saya teman? Kejap lagi mak saya pun nk pergi kerja" kata si gadis.
"Jomlah saya hantar. Mak saya pun dah tunggu dalam kereta. Meh saya papah awak. Susah nak jalan tu." ajak si gadis tanpa henti. 

Si baju merah terpaksa mengalah kerana sakit di kaki dia berdenyut denyut. Sampai di rumah, tinggal lah mereka berdua.

"Besarnya rumah awak ni. Boleh saya tumpang solat kejap? Dh masuk waktu ni." 
"Pergilah solat. Tandas kat kanan kau."Selepas sudah berwudhuk, ditanya mana arah kiblat. Terdiam si baju merah. 
"Aku taktahu. Cari sendirilah." kata si baju merah
"Takpe lah awak. Saya ada apps dekat phone saya. Boleh cari arah kiblat. Sorry tanya banyak soalan dekat awak." 

Selepas solat, si gadis itu bertanya "Awak taknak solat ke? Awak boleh solat duduk tau sebab kaki awak tu sakit."
"Jom saya tolong awak bangun utk ambil wudhuk ye? Jangan risau. Saya kuat nak papah awak walaupun awak berat." 

Lalu si baju merah ambil wudhuk dan solat duduk setelah di ajar oleh si gadis. Bacaan yg dia tahu pun hanya surah biasa. Seperti bacaan budak darjah enam. Sangat cetek ilmu dia. Terketuk pintu hatinya. Terasa sangat tenang selepas dia sudah solat. Tanpa dia sedar, mengalir airmata. 

"Kenapa awak nangis? Kaki awak sakit ke? Meh saya tengok kaki awak tu." kata si gadis dengan nada yg risau. Namun di tahan oleh si baju merah. 
"Jangan selak telekung aku. Aku masih menghadap Allah lagi ni. Aku belum puas merasa ketenangan ini."
Lalu ditinggalkan si baju merah keseorangan bermunajat kepada Allah SWT.

Menangis teresak-esak dia memohon ampun kepada Allah kerana dosanya yg menimbun tinggi.
"Ya Allah, kalau boleh aku ingin merasakan ketenangan seperti ini selamanya. Tak ingin aku bangun dari bermunajat kepada Mu."
"Banyak dosaku ya Allah. Walaupun bengkak kaki aku sekali pun memohon ampun, tak terkata banyak dosa ku pada Mu."
"Ya Allah, aku lalai. Aku leka mencari erti keseronokan dunia sehingga aku abaikan perintah Mu."
"Aku lupa. Aku lalai. Aku leka. Aku ni hamba yg hina ya Allah. Ampunkan dosa aku."
"Ya Allah, kau hadirkan seorang hamba Mu utk berikan aku kesedaran. Walaupun dia tidak aku kenali, namun dia sanggup bantu aku."
"Ya Allah, aku bersyukur kerana masih boleh berubah ke jalan Mu. Izinkan aku bermunajat kepada Mu ya Allah tanpa henti."
"Aku tak akan pernah jemu memohon ampun. Tidak akan pernah jemu mencari redha Mu. Ampunkan aku ya Allah."
"Tunjukkan aku ke jalan yang benar. Jangan Kau pesongkan hati aku sekali lagi ya Allah. Aku memohon kepada Mu."
"Akan aku perbaiki sikap ku. Akan aku ubah demi Mu ya Allah. Ampunilah aku. Ampunilah aku."

Melutut si baju merah tanpa sedar. Lupa terus dia pada jahitan di lututnya. Berdarah telekungnya. Namun kerana khusyuknya dia bermunajat, sedikit pun dia tak rasa sakit. Sehinggalah dia terlelap kerana keletihan menangis. 

Terjaga si baju merah apabila azan Asar berkumandang. Baru dia sedar telekung dia berdarah. Sakit di kaki dia tak terkata sakit. Keluar dia mencari si gadis tadi. Namun kecewa. Tiada siapa di rumahnya. Terdiam. Lalu dia terus gagahkan diri untuk mengambil wudhuk dan terus solat asar.Sebenarnya si gadis itu ada memerhati di luar rumah. Tersenyum dia melihat perubahan si baju merah.

Siapa si gadis ini sebenarnya? Mengapa dia sanggup tolong si baju merah?Dia sebenarnya merupakan sahabat si baju merah semasa mereka masih kecil. Dia sebenarnya telah berjanji semasa mereka kecil iaitu dia akan bersama bimbing si baju merah kalau dia terpesong. Alhamdulillah, janji dia tertunai walaupun si baju merah tidak langsung ingat pada dia. Namun dia bersyukur kerana melihat perubahannya.
"Ya Allah, semoga dia kekal istiqamah ke jalan Mu. Semoga Kau sinari dia dengan sinar hidayah. Amin Ya Rabb."
Makbulkan doa aku ya Allah. Kata si gadis di dalam hati. 
"Aku gerak dulu ye. Ada rezeki kita jumpa lagi sahabat."Berlalu pergi si gadis itu dengan airmata. Perubahan si baju merah juga membawa kepada perubahan keluarga dia. 
Alhamdulillah, semua atas izin Nya. Semoga kita semua kekal istiqamah di jalan Nya, InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment