Nisha tercari-cari sebuah tempat duduk di dalam sebuah bas yang sudah dipenuhi penumpang. Hanya tinggal tersisa sebuah kerusi yang masih kosong dan dibahagian sebelahnya sudah diduduki oleh seorang pemuda lelaki. Nisha memandang sekilas. Hatinya gusar. seharian Nisha bersama dua rakannya mengelilingi bandar kuala terengganu. Badannya cukup letih. Keletihan itu menyebabkan Nisha tidak mampu untuk terus berdiri. Tiada pilihan untuknya selain memaksa badannya untuk duduk berjarak sejengkal berjauhan dengan pemuda itu. Istighfar diselarikan agar imannya terjaga.
'Semoga Allah memelihara hati ini.'
Nisha sempat memohon perlindungan kepada agar hatinya dijaga Allah. Perjalanan terasa begitu lama. Bau rokok pakcik ditempat duduk seberang menyebabkan Nisha mengalihkan pandangan ke arah luar tingkap. Tidak sengaja pemuda itu masuk ke dalam pandangannya. Nisha mengamati pemuda disebelahnya itu yang sedang khusyuk merenung ke luar tingkap. Wajahnya penuh nur iman. Sepertinya dia seorang pemuda soleh. Sepanjang perjalanan, tidak sekali pun pandangannya di kalih ke tepi. Begitu menjaga sekali.
'Astaghfirullah...' Nisha akhirnya tersedar telah pun memandang sesuatu yang haram baginya. Rasa berdosa. Nisha cuba memejamkan matanya bagi merehatkan minda. Hampir sahaja Nisha terlelap namun secepatnya dibuka mata agar tidak terlelap tidur. Nisha mula sedar bahawa dia turut di tenung lama semasa dia hampir terlelap. Wajah yg tertangkap itu segera mengalih pandang.
'Astaghfirullah..' Nisha beristighfar panjang.
"Ya Allah.. peliharalah hatiku. Agar tidak tercuri oleh aku akan hati insan yang tersedia adalah milik-Mu ya Allah. Aku mohon ya Allah. peliharalah imanku dan imannya. Tebalkan imannya ya Allah. jangan aku jadi asbab imannya berkurang.." sekali lagi dia pohon perlindungan Ilahi. Air mata bergenang di pipinya. Sedarlah Nisha kini bahawa wanita itu sangat mudah melalaikan seorang lelaki. Meskipun sebesar mana iman seorang lelaki namun tetap tergetar imannya apabila melihat seorang insan berpenampilan muslimah tanpa mengetahui dirinya masih terkaku cuba untuk berubah.
p/s : kita kah muslimah tu?
bila cuba berubah..
syaitan dekati kita dari pelbagai penjuru. salah satunya penjuru kecantikan.
dalam cuba menutup diri, tampil sebagai muslimah. syaitan tampil dengan hasutan halus yang ramai tertewas padanya.
bila dah jadi muslimah cantik bertutup, syaitan hadir mghasut agar mencari perhatian di sebalik "solehahnya" diri.
bila ada tak kena pada perhiasan pakaian, kita sanggup berhabisan duit nak baiki balik perhiasan itu spya kembali cantik..
tapi... tak ramai dari kita berfikir betapa berharganya harga diri seorang "muslimah" pada diri kita.
No comments:
Post a Comment