Friday 10 July 2015

family

Aku lahir dari family yang biasa-biasa, tidak kaya, tidak miskin, tapi sederhana. Punya ayah, mak, kakak, abang, adik perempuan dan adik lelaki. Complete isn't it?

Tapi sayang. Kami tidak lah serapat family yang lain. Bergurau senda, share everything, like others. Tipulah kalau aku kata aku tak jelous tengok family kawan-kawan.

Kami jarang sangat-sangat bercakap. Kadang-kadang bercakap melalui perbuatan? Rare?
Kadang-kadang bercakap, tapi malangnya ada saja yang terguris, sakit hati dan sama waktu dengannya.
Kami bukan seperti keluarga yang lain.
Mungkin sebab kami WAJIB dihostelkan oleh ayah pada usia 13. Tidak punya masa untuk adik beradik mahupun mak ayah.

Sedih??

Of course. Penipu besar kalau aku kata aku bahagia jika tidak bercakap sesama sendiri.

What i'm going to do with this family.

Aku memang over-thinking, tapi aku percaya setiap orang yang punya nasib seperti aku akam terfikir

"Andainya mak ayah aku telah tiada, mungkin hubungan kami adik beradik akan terputus" 

Tidak dapat bersama di syurga kerna tidak punya kasih sayang sesama sendiri. Mungkin aku terlampau negative. Mungkin kami sayang tanpa menunjukkan kasih sayang. Kalau fikiran yang kedua aku itu betul, syukur Alhamdulillah.

So untuk masa hadapan. Jangan lakukan benda yang sama. You know how was the feeling. Mungkin ni berguna buat kita semua. :)

Jagalah iman kita. Memang susah, tapi manis sangat. Solat, berdoalah. Orang beriman banyak halangan, dugaan. Susah kan? Tapi andai kita praktikkan islam sebenar, family akan bahagia. Anak ikut kata parent, tak kurang ajar, bakal cucu pun tak rosak akhlak!!

Kedua, jangan timbulkan perasaan benci sikkittt pun. Sebenci mana pun kita kat seseorang, jangan dihina kerana menghina seseorang menampakkan kita lagi hina. Jaga iman gais, baik laki baik perempuan jagalah. Seandainya kita beriman, kita takkan ada secebis pun perasaan benci.

Ketiga, ucaplah terima kasih. Ucapan ini sebenarnya magic sebab mampu cairkan hati setiap orang. Dari kecik sampai besar aku inginkan ucapan ini dan juga perkataan MAAF. Bagi aku maaf memberi seribu makna.untuk bakal-bakal ibu, ayah  ajarlah anak-anak dengan perkataan TERIMA KASIH dan juga MAAF.please,

Untuk bakal parent, if korang gaduh jangan lah libatkan anak-anak. Jangan bagi anak-anak dengar pergaduhan kita macam muzik atau lagu. Gaiss, anak-anak akan ingat gais. Dorang suci lagi, biasa benda-benda macam ni dorang akan ingat. Marah memang marah tapi ikut lah cara nabi. Iman mana iman? Jangan carut,, ingat anak kau dengar kott dorang ingat.

Kelima, anak. Parent buat salah. Normal human being they not perfect tapi jangan hina. Jangan buang dorang bila kita dah dewasa dorang dah tak larat. What you give you get back. Anak kau buat lagi teruk percayalah.

So, ape yang aku tulis ni basicly from IMAN. Andai kita beriman yakni beramal soleh, benda- benda ni semua tak kan jadi. Keturunan tak rosak, gejala sosial terkubur. Parent yang buat salah seek forgiveness to your parent and ALLAH.

Dia banyak-banyak biar family bahagia, anak-anak jadi berguna dunia akhirat. InsyaAllah. Tak yang mustahil bagi ALLAH. sedangkan umar yang begis mengalir air mata kerana Allah, takkan lah anak kita tak mampu.
Anak-anak pun sama, mohon supaya lembutkan hati parents kita, ampunkan dosa dorang dan terima segala amalan kita semua. Aminn

Wassalam

sabar diuji

Kadang-kadang aku terfikir dimana letaknya perasaan dan adab. Mahu bercakap tentang adab, aku rasa semua sudah tahu tapi hati yang memberontak mengikut hawa nafsu yabg tidak mampu dikawal walaupun di bulan mulia, Ramadhan

Lelaki? Yess, lelaki. 

Tahukah kamu betapa penatnya ibu atau lebih tepat kaum hawa berkorban?

"Huhh, apelah sangat nak dibandingkan laki yang membanting tulang mencari nafkah?"

Fikirkan kaum hawa wahai adam,,

Kaum hawa dibuat seperti tiada langsung rasa penat? Dikala kamu lena tidur, hawa terpaksa berjaga menyiapkan pakai serta makanmu. Menyiapkan anak-anakmu. Bersiap untuk bekerja. Penat bekerja belum hilang malah makin bertambah pabila pulang, menyiapkan makan malam pula. Pakaian? Kala itu juga dibasuh, dijemur serta dilipat. Tidur pula bilamana anak2 sudah tidur. Itu pun kalau anak sihat  dibuatnya anak sakit, berjaga la jawabnya. 

See? How tough women are. 

Please guys, help la mak, isteri kamu masak. Tak salah pun. Tak jatuh pun ego kamu malah perempuan akan suka,puji dan tersenyum. 
Jangan mudah melenting bila mendengar rungutan mereka. U dont know how they feel. How tired they are.

Tapi sekarang, selamba badak je buat isteri macam hamba abdi. Mendera mereka tanpa belas.

"Agak aa, bila pulak kami dera??"

Mungkin tak nampak macam dera, tapi hangpa taktau depa penat. Hangpa suruh buat itu ini, demand nak makan itu ini, pastu silap masak sikit je terus marah. Kalau tak marah pun perli, sindir kaw-kaw punya.

Hoi kawan, hawa bukan malaikat. Diorang ada perasaan, diorang bukan malaikat. Penat lelah belum lagi hilang, sindiran makian diperoleh, sakit hati mula menjalar. Benci, marah mula menginap. 

How do you feel when someone complain about your food?
How do you feel when someone do some kind of faces about your service?
Mad??

That's how women feel.
Makan yang dibuat tidak disentuh. Kalau disentuh pun hanya sedikit, hendak dibuang berdosa dek kerana memikirkan pembaziran. 
Terfikirkah olehmu wahai adam?

Stop complaining, stop hating, mad at women.
They not your slave, they not a toy that you can do whatever you want.

They just only human that imperfect and and have feeling.
Be nice to them, say thank you.

Jadilah insan beriman wahai adam kerana kamu ketua keluarga. Jangan disebabkan kamu, keturunan kamu rosak, 

Wassalam

Friday 4 July 2014

ajak, bukan memaksa

berdakwah? bagi aku, dakwah satu tanggungjawab yang berat. manakan tidak, aku sendiri pun perlu didakwah, perlu belajar, perlu mendalami ilmu agama.
ilmuku hanyalah sedikit, dan aku jahil tentang agama. aku masih belajar dan terus belajar.

maafkan lah jika aku menolak untuk berada dalam satu organisasi dakwah. bukan kerana mempertikaikan organisasi tapi diri ini terasa amat asing, janggal dan hina berada dalam kalangan kamu yang kebanyakkannya mengetahui ilmu.

maafkanlah diri ini yang berterus terang kepada kalian. bukan untuk menunjukkan diri ini tahu segalanya, bukan jua menyatakan kesalahan kalian, tapi hanyalah untuk membantu kalian dalam berdakwah.

mungkin kalian tidak sedar akan kesalahan yang telah dilakukan. tapi tahukah kalian banyak hati yang terluka dengan dakwah kalian?

seandainya diri ini tidak menegur kalian, mungkin kalian tidak akan menyedarinya. mungkin kalian membenci diri ini, namun apakan daya. diri ini perlu menegur cara kalian berdakwah..

dakwah haruslah dengan lemah lembut, tidak memaksa. cubalah untuk mengajak orang yang didakwah mencintai ilmu agama terdahulu. barulah ajak mereka menutup aurat.
tapi percayalah, seandainya mereka mendalami ilmu agama, dengan automatic nya mereka akan menutup aurat.
bukan mereka tidak tahu akan aurat, tapi mereka tidak mempunyai kekuatan untuk berubah, mungkin malu, mungkin juga takut.

dan juga aku pinta kepada pendakwah sekalian, cubalah fahami meraka. berkawan dengan mereka, janganlah berada bersama-sama kalangan kamu sendiri. maksudku, cubalah dekati mereka, janganlah terlalu assabiah. janganlah menghina mereka andai mereka tidak mahu mendengar apa yang kalian dakwahkan.

maafkan jika ada yang terasa, namun sudah ku perhatikan kebanyakkan kalian mempunyai sikap assabiah. 
sekali lagi maaf. mungkin ada yang tidak bersikap sedemikian, mungkin jua hanya pendakwah disekeliling aku yang mempunyai sikap ini.

bukan mempertikaikan mereka, namun sikap inilah yang membuatkan kami, orang biasa yang dahagakan ilmu agama ini, merasakan diri ini hina untuk berada dalam kalangan kalian. 

mohon maaf andai ada yang terasa. kita sama-sama berusaha menjadi baik yee bukan dengan cara menghina, memaksa, tapi menerima dengan hati terbuka.

jangan dipaksa mereka dengan kekerasan, tapi tunjukkan contoh teladan dan kata-kata yang tidak menyakitkan. :)

Sunday 15 June 2014

menasihat, menegur atau memalukan?

hati ini amat pedih tatkala aku diminta untuk menjadi naqibah.

"biar betul weh.. aku bukan macam korang, pakai baju ketat juga, jeans pun aku still pakai"

jawapan seorang manusia

"Allah memilih kita untuk berada di hadapan bukan kerana kita perfect tetapi untuk kita perbaiki diri kita. Mungkin dengan cara ini kita mampu meningkatkan kualiti iman kita, menguatkan lagi aqidah dan akhlak kita"

ok fine. aku cuba..

tapi percayalah aku cuba untuk berubah. aku masih lagi merangkak. tak mampu untuk terus pakai tudung bidang 60, pakai jubah, berbaju muslimah, meninggalkan jeans kesayangan.

bukanlah bermakna aku terlalu menyayangi jeans tu, tapi aku masih kekok mengenakan skirt.

dan memang awkward gila bila pakai. untuk masa ni, just ada 1 skirt labuh, 3 baju yang tidak menayangkan susuk tubuh.

fahami lah, saya cuba untuk berubah.

jangan dihina, jangan dicaci wahai si tudung labuh.
walaupun kamu tidak mengeluarkan kata-kata cacian,
namun pandangan matamu yang sinis
amat menyakitkan, memilukan jiwa ini.

ampun dan maaf aku ucapkan
sekiranya ada yang terasa.
maaf sangat-sangat.

p/s: aku tak spekulasikan si tudung labuh. ada je yang baik, tapi yeah certain people emmm, not. sorry.
the same goes to si tudung biasa. tak semua yang jahat gila. ada je yang baik. maybe dia baru nak berubah. :)

Wednesday 11 June 2014

kutuk.

malaysian, please behave.

tolong la jangan
kutuk
orang lain.

salahkah orang lain
sampai dihina, dicaci, dicarut?

adakah kita sentiasa betul,
bukan pendosa
tak bernoktah?

manusia,
jagalah diri.
jangan campakkan ke lembah hina
ke neraka yang panas menggelegak kepala.

jadilah manusia berguna
orang yang salah jangan dikutuk, dihina
tapi haruslah dibimbing, dinasihat.

manusia pendosa tak bernoktah,
perlu ditarbiah
bukan dikeji
bukan dimaki
bukan juga dicarut sesuka hati

manusia,
amankah bila mengeji, memaki
sesama sendiri?

pupuklah diri
pujuklah diri,
jangan memaki sesama sendiri.

jangan dihina,
kerna dia juga seperti kita
pendosa yang hakiki



Wednesday 13 November 2013

kematian abu lahab

Abu Lahab mati ditangan seorang wanita

Siapa tidak kenal Abu Lahab ? Namanya diabadikan Allah dalam Quran ketika dia bersama isterinya dihumban ke dalam api neraka. Akan tetapi, ramai diantara kita yang tidak mengetahui bagaimana matinya seorang musuh Allah bernama Abu Lahab ini. Seorang pembesar bangsa Quraisy yang juga salah seorang bapa saudara Nabi kita yang mulia Muhammad shallallahu alaihi wa sallam.

Penyebab kematian Abu Lahab adalah sebuah pukulan yang dilakukan oleh seorang shahabiyyah yang mulia. Beliau adalah Lubabah Al-Kubra yang dikenali dengan panggilan Ummu Fadl binti Al-Harits radhiyallahu anha. Wanita yang juga menjadi saudara kandung Sayyidah Maimunah binti Al-Harits radhiyallahu anha .

Ummu Fadl tercatat sebagai wanita kedua yang masuk Islam setelah Ummul Mu'minin Khadijah binti Khuwailid radhiyallahu anha. Ummu Fadl juga adalah seorang isteri dari sahabat dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam iaitu Al-Abbas ibn Abdil Muththalib radhiyallahu anhu.

Rasulullah sendiri sering mengunjunginya dan berehat pada siang hari di rumahnya. Keluarga mulia ini juga termasuk salah satu tempat bersandar Rasulullah pada masa sukar. Lain pula dengan Ummu Jamil iaitu isteri Abu Lahab. Meskipun nama jamil terlekat dinamanya , namun perangai dan tingkah lakunya jauh dari keindahan. Sebagai isteri Abu Lahab, Ummu Jamil adalah wanita yang aktif memusuhi dan memerangi Islam. 

Ummu Fadl, bersama suami dan anak-anaknya bersepakat untuk menyembunyikan keIslaman mereka kerana bimbang dengan kejahatan kaumnya. Namun Allah berkehendak lain, Al- Abbas ditawan oelh kaum muslimin saat Perang Badar.

Keadaan kaum muslimin yang belum mengetahui perihal keislamannya sedikit sebanyak menyulitkan Rasulullah. Beliau menebus Al-Abbas seperti orang musyrik yang lainnya. Taktik ini dilakukan agar rahsia keIslaman Al Abbas tetap tidak terbongkar oleh orang-orang Quraisy.

Ummu Fadl pun melihat kemarahan orang-orang kafir termasuk iparnya, Abu Lahab. Kekalahan kaum kafir dalam Perang Badar sangat menguris hati Abu Lahab. Ummu Fadl pun memperingatkan ke empat anak-anaknya agar tidak menunjukkan raut wajah bahagia sehingga keislaman mereka tetap tidak bocor ke telinga kaum Quraisy.

Namun berlaku kejadian yang merubah segalanya. Hal ini bermula ketika Ummu Fadl beserta seorang budaknya bernama Abu Rafi turut mendengarkan perbincangan di hujung rumahnya antara iparnya, Abu Lahab dan anak saudaranya Abu Sufyan Ibnul Harits .

Saat itu, Abu Sufyan menceritakan kepada Abu Lahab bagaimana kaumnya kalah melawan kaum muslimin. Abu Lahab pun hanya boleh marah-marah dan melontarkan sumpah serapah atas kenyataan itu. Sebaliknya, di hujung rumah, Ummu Fadl sangat suka atas apa yang didengarnya.

Abu Sufyan berkata, "Demi Allah, walau demikian aku tidak akan menyalahkan mereka kerana kami menghadapi manusia-manusia putih berkuda putih diantara langit dan bumi dan tidak ada yang mampu mengalahkan mereka. "

Tentu saja Ummu Fadl merasa bahagia mendengarnya , akan tetapi Abu Rafi ` tidak lagi mampu menahan rasa bahagianya hingga kemudian dia berteriak ," Demi Allah, itu adalah para Malaikat ! "

Mendengar teriakan itu, Abu Lahab bangkit. Dengan rasa marah, dia lantas menghampiri Abu Rafi lalu memukulnya secara keras. Tersentak melihat budak itu dipukul, Ummu Fadl menjadi lupa untuk menyembunyikan keislamannya. Wanita mulia ini kemudian mencabut sebuah tiang yang ada di rumahnya dan dengan jiwa yang berani lau memukul kepala Abu Lahab lalu berkata, " Beraninya kamu memukul Abu Rafi ketika tidak ada penjaganya" .

Apa yang terjadi? Kepala Abu Lahab cedera teruk. Rambutnya dibasahi darah dari belantan yang dilayangkan Ummu Fadl. Abu Lahab pun kemudian meninggalkan rumah saudaranya, Al- Abbas. Selepas tujuh malam, luka tersebut semakin parah dan bekas pukulan itu menembusi sehingga otak menyebabkan kerosakan.

Orang-orang di sekitar mula menjauhi Abu Lahab. Para warga mencium bau tidak sedap yang keluar dari luka Abu Lahab. Mereka juga bimbang luka Abu Lahab dapat menular kepada mereka.

Abu Lahab pun akhirnya hidup bersendirian. Dia mengerang kesakitan tanpa ada yang membantu. Isterinya, Ummu Jamil ( hammalatul hathab ) yang sepatutnya berada di sebelahnya pergi bersama anak-anaknya meninggalkan Abu Lahab bersendirian. Akhirnya Abu Lahab mati.

Selepas tiga hari, jasad Abu Lahab terbiar tanpa ada yang mahu menguburkan. Mereka tidak berani mendekati jasadnya. Akhirnya kerana bau busuk yang kian teruk, maka digali sebuah lubang kubur bagi Abu Lahab. Bangkai Abu Lahab ditolak dengan sebilah kayu sehingga masuk lubang kubur.

Dari jauh meraka melemparkan batu ke atas kubur Abu Lahab sehingga mereka yakin jasadnya telah tertutup rapat. Ia sebuah tragedi kematian yang lebih hina dari kematian seekor ayam sekalipun .

Itulah akhir hayat yang dialami oleh manusia yang sombong kepada Allah dan menolak ajaran NabiNya shallaallahu alaihi wa sallam. 

kenapa Allah sediakan neraka?

Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. 

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka.” 

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung. Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?” 

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” Tanya ustaz.

“Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je.” Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?” Gadis tu terdiam. 

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga.”